Posts

Showing posts from August, 2015

Peraturan; Cliche lah...

Image
Tak suka baca "peraturan dibuat untuk dilanggar". Rasa macam tercabar. Diri ini turut mengaku bahawa aku sendiri pernah buat salah, pernah melanggar peraturan. Cewahhh, apa kau kisah apa aku cara kan, begitu ? Okay, topik kali ini, apa yang ingin dikupas seperti kulit bawang atau seperti kulit buah salak ? Pehhh ... 


Logik akalnya lah, kalau tak ada peraturan, adakah hidup ini bisa terurus? Bisa atau enggak? Pikirin sihhh... Kalau dekat sekolah, semestinya ada peraturan dan yang suka melanggar peraturan tu mestilah students, takkan cikgu kot... Terimalah dengan hati yang terbuka setiap peraturan yang dibuat. Terimalah... 

Contohnya, ada penambahbaikan dalam peraturan SMK ABC iaitu PELAJAR PEREMPUAN DIWAJIBKAN MEMAKAI TUDUNG LABUH SEKURANG-KURANGNYA BIDANG 60 BERSERTA HAND SOCKS, SKIN SOCKS. Haaaa amekaws! Kau rasa ada tentangan tak? Ada tak pemberontak? Semestinya lah ada! Sebab nama pun peraturan yang dibuat untuk dilanggar *heh* Betul? 


Jadi, apa yang diperlukan untuk me…

Kita Sama

Image
Kian gelap penuh noda Makin tunduk dengan bisikan dusta Bebas melangkah ke mana sahaja Tidak sedar tempatnya di dunia
Rahsia kini terbongkar Sini sana jalan semakin indah Curahan suci membuang prasangka Perlu kau sedar dunia kan fana'

Saat ku sebut indah nama-Mu Berderai laju air mataku Moga Kau sedar apa kataku

Ku bergelut untuk bernafas Bukan mudah untuk ku gapai Kerna tahu jalan berliku  Bantulah aku selalu
Ku bicara sendiri Bukan terus meratapi Kisah silam yang menghantui Kerna peluang bukan sekali
Andai jatuh jangan berundur Bangkit lalu kau terus gempur Genggam semangat juang itu Engkau mampu

Fatamorgana dunia Memudarkan cahaya terang Kentalkan jiwa untuk benar Kita sama
Sedarlah Kita sama



Tetap Ada

Image
Indahnya dulu Tika kita bersama Engkau dan aku Berlari terus menggoncang dunia

Bergetar jiwa melepaskan kau pergi Dengarlah Jangan kau lupakan aku

Sesaat berputar Moga kita tak akan putus Biarpun pergi Engkau sentiasa dalam doaku

Biarlah senyumanmu di bibir Sentiasa indah Walaupun jauh di sana

Susah senang kita bersama Genggam erat tanpa luka Tangis tawa tenang gundah Teruskan mekar hidup lagi

Ku mohon pada yang Maha Esa Biarpun seketika sahaja Memeluk erat di jannah sana Kerana rindu di hati Kepadamu wahai cinta

BTN Lipis 2015

Image
Assalamualaikum WBT





   Dengan kudrat yang saya ada, izinkan saya menceritakan pengalaman di KBN Lipis bawah program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara KPM. Alhamdulillah, baru selesai semalam dengan penuh jaya! Serius, bagi saya kem BTN ini sudah mencapai matlamatnya untuk menanam jati diri yang selama ini bukanlah langsung tiada tetapi boleh dikatakan kurang.


   Bukanlah saya menidakkan semangat jati diri ini seolah-olah tiada atau kurang itu menyebabkan kita tidak cinta akan negara tetapi pendedahan serta pemahaman kita terhadap dasar negara menyebabkan berlaku pelbagai fenomena yang tidak perlulah saya perkatakan. Anda boleh berfikir sendiri. Jadi, sis teruskan ya dengan cerita BTN sis.


   Saya yakin, mindset orang kalau sebut BTN mesti “politiklah ni!”, “buang masa!” dan sebagainya tapi semua negative thinking itu menyebabkan semua orang berdebar dan banyaklah tohmahan. Kem kali ini disertai oleh pelajar tajaan KPM yang akan ke Beijing dan Jordan yang sememangnya sangat best!





   Se…

Throwback Sikit: INTEK

Image
Assalamualaikum WBT.

   Alhamdulillah, sis baru ada idea nak tulis entri, ceh, saja nak share cerita *terima kasih sudi baca, sobsob* Okay, sebenarnya, lebih kepada sesi throwback. Orang kata move on, tapi bagi saya, ada sesetengah benda kita boleh ambik, kenang, simpan dalam kepala jadi kenangan :)




   Saat pertama saya menjejakkan kaki ke SBP Integrasi Kuantan (INTEK), saya merasakan ini ialah satu nikmat yang sangat besar, yang telah Allah bagi. Dari tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5, banyak kenangan; manis, pahit, masam, kelat semua ada. Mindsetsebenarnya memainkan peranan besar. Sangat besar! 



Engkorang nak sis ceghite pasal INTEK? Sis tengah semangat nih. 

   Saya mulakan cerita. 2010, pertama kali saya menjejakkan kaki di INTEK. Serius, masa saya sekolah rendah dulu, tak tahu pun, SBP itu apa, yang saya tahu MRSM saja. Saya apply INTEK serta dua buah lagi SBP. Entah macam mana rupa INTEK pun saya tak tahu.

  Dari sehari ke sehari, teruskanlah hidup dekat INTEK. Memang banyak benda b…