Tuesday, 28 April 2015

Temuduga IPG : Sejarah 2015


Assalamualaikum WBT.

   Alhamdulillah, tamat sudah interview (iv) dekat IPG Lipis tadi, meh sini kome nak ceghita ya. Dema baca elok-elok. Ini 1st time kena temuduga ni ha.


   Aku datang dari Kuantan, jauhhhhhhh weh dari Lipis tu, jadi aku bertolak sehari awal dan tidur di Hotel Jelai. Bangun subuh, siap-siap terus nak ke IPG Lipis tu. Aku cuba mind set dalam kepala aku, "RILEKS JIHA, RILEKS. JANGAN GELABAH, JANGAN NERVOUS."


   Pukul 8 pagi, ada taklimat tapi sebab aku tetiba rasa lapar, nak sarapan, singgah lah kejap tepi jalan. Makan nasi lemak, cehhh, padahal ada taklimat pukul 8 tu. Masa makan nasi lemak tu, tak silap aku pukul 7.30 pagi dah. Banyak lori lalu-lalang, agak sibuk jugak jalan pagi-pagi di Lipis, dengan budak-budak nak pergi sekolah lagi. Sampai je sana, pergi dekat dewan kuliyyah rasanya, aku pun tak tahu apa nama tempat tu. Jadi, dengarlah sepatah dua kata daripada Ketua Panel Penemuduga dan juga Ketua Temuduga IPG Lipis. Lepas je taklimat, semua bergerak ke bilik masing-masing.


   Aku tak cuak sangat, bukan nak koya ke apa, tapi macam, "Okay rileks, cool, interviewers manusia jugak, InshaAllah, urusan dipermudahkan." Haaaa tambahan pula, tadi aku jumpa kawan-kawan aku, yang jauh mahupun yang satu sekolah dan alhamdulillah, orang pun semua ramah. Kita ni bila umur dah meningkat, kena lah ramah dengan orang, haaa tegur-tegur la, dari mana, sesi berapa, bilik berapa, gitew~


   Okay, seterusnya, sebelum sesi iv bermula, para penemuduga suruh check fail semula, susun betul-betul. PASTIKAN SEMUA SIJIL YANG DAH FOTOSTAT TU DISAHKAN. Paham? Sahkan lah dengan pengetua ke, guru besar ke. Nanti tak pasal-pasal sibuk pulak nak cari pegawai IPG nak sahkan salinan sijil kita. Salinan sijil tu letak dalam satu sampul surat.


   Aku kena sesi 1, maksudnya KUMPULAN PERTAMA YANG DITEMUDUGA! Aku cuba rileks tapi hakikatnya, luaran tampak cool, bila bercakap suara terketar-ketar. Kalau macam aku, aku dapat subjek Sejarah. Jadi, penemuduga itu juga pensyarah Sejarah. Penemuduga ada 2 orang. 




   1. Kami disuruh memperkenalkan diri dalam English wow bravo! 

   2. Kami dipertontokan video, macam kumpulan aku pasal video tentang seorang ibu yang dapat tahu anak dia berkawan dengan gangster. Bincangkan.

3. Kami disuruh buat perbincangan (sebenarnya dia nak dengar kita lontarkan idea saja, jadi kau lontarkan saja apa-apa yang kau rasa, asalkan cakap! Jangan tak bercakap pula.)

4. Kemudian, kami ditanya tentang soalan berkaitan dengan course kami iaitu SEJARAH. Dia tanya tentang sukatan Sejarah sekolah rendah, asal usul sejarah tempat tinggal kami, kelebihan kami dsb. Banyak jugak soalan, hampir sejam lebih juga bertemuduga, phewww~


   Tak ada sesi individu, kumpulan saja. Tapi aku rasa masa iv tadi best je, kena yakin walaupun beberapa kali 'dibelasah' oleh penemuduga, nak rasa malu, itu cerita lain, asalkan bercakap. Penemuduga suruh aku bercerita tau, tapi aku memang tak reti bab-bab bercerita ni. Suara memang terketar-ketar tapi aku redah saja. Di samping itu, dia ada tanya tentang bahasa tambahan, macam ada belajar Arab ke, Jepun ke, so, cakap sikit-sikit je lah. Suara kena kuat masa bercakap, kalau tak dia asyik ulang, "Kuat sikit cakap tu." Haaaa... Lepas tu, bercakap biar senyuman di bibir cehhh... 

   Alhamdulillah, selesai temuduga. Yakinlah, setiap apa yang kita dapat, itu semua perancangan Allah yang terbaik bagi kita. Dapat atau tidak, semuanya ada manfaat untuk kita. InshaAllah.



Thursday, 9 April 2015

Dekstop Icons Changed to Media Player Icon


Assalamualaikum WBT.

   Jyeah, bersua kita sekali lagi cehhhhhh :D Petang yang indah dan redup-redup ni, ada satu kejadian yang mendebarkan jantung dan cuba membuatkan organ-organ dalaman aku mengalirkan darah dengan laju sekali ! 




   Apa yang anda rasa jika dekstop icons laptop anda semuanya berubah? Semua berubah menjadi icon Media Player!


   Serius, perasaan tak boleh nak diungkapkan dah. Aku agak terkejut dengan apa yang dah terjadi tadi, sangat mendebarkan ! Punyalah semangat aku cari jalan penyelesaian dekat internet yang berinformasi ni, macam-macam cara dah aku guna, download itu download ini, download macam-macam cara ! Sedang-sedang aku mencari jalan penyelesaian, rupanya orang lain pun pernah ada masalah macam ni, jadi, kalau sampaikan hampir ramai orang dari luar negara pun menghadapi masalah ini, mesti ada jalan penyelesaiannya, kan ? [ aku cuba positif ]

   Malangnya, semua cara yang aku guna tak menjadi. Macam-macam cara aku ikut. Memang tak menjadi, masalah apa aku pun tak tahu. Memang rumit! Melilau mata aku ni tekan perkataan yang aku sendiri tak pernah dengar, macam "mmc, regedit......." . Haaa punyalah bijak orang yang cipta segala komponen laptop nih, macam-macam keywords dia guna, jadi aku sebagai 'pemangsa' yang terkena daripada masalah yang baru aku dapat, jadi, terketar-ketarlah  mencari jalan penyelesaian. 


   PENYELESAIAN?


   Haaaaa, akhirnya, aku terbaca salah satu penyelesaian, dekat laman web Microsoft, dia tulis, "System Restore". Lepas tu, ada lah dia cakap kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. So, aku cuba.


"Start" | "Control Panel" | taip dekat kotak Search "Recovery" | klik "Restore your computer or reinstall Windows" | klik "Advanced Recovery Methods" | klik "Reinstall Windows" 


   PERHATIAN ! Diingatkan agar anda membaca dahulu setiap arahan yang dikeluarkan. Penting, sebab takut kalau tiba-tiba dokumen hilang atau kesan lain. Akhirnya, aku tersenyum (cehhhh...) Berdebar tau. Dalam kepala aku asyik terfikir, "Kena hantar kedai lappy ni..." Akhirnya, jumpa juga jalan ! Alhamdulillah  *senyum lebar*