Tuesday, 1 September 2015

Sepantas Kilat : Maybank



Wowwww ! Majaz betul tajuk post kali ni cehhh... InshaAllah, Selasa minggu depan aku akan ke Beijing. Jadi, urusan bank pun aku kena bereskan minggu ni. Bank Simpanan Nasional tidak ada perbankan antarabangsa jadinya, aku harus buka akaun Maybank atau pun CIMB. I choose Maybank, ahahahak, why Maybank? Aku pun tak tau cehhh... 



Cerita hari ini, aku nak cerita sikitlah pasal urusan buka akaun baru. Mula-mula, aku ke Maybank di Jalan Beserah. Ambik nombor *of course* lepas tu, duduk, tak sampai seminit, nombor dipanggil. Orang-orang sebelum aku pun aku tengok macam cepat siap urusannya. Memang laju betul pekerja Maybank tu buat kerja, sup sap sup sap siap ! Haaaa... Jadi, tak sesak pun bank tu. Suka lah urusan macam ni *cehhhh*



Nak buat akaun Maybank, kena masuk RM 250, kau tau, aku transfer sendiri duit dalam CDM lepas tu, terus uruskan ATM Plus (perbankan antarabangsa) kat mesin ATM. Mudah kan? Pehhh, sekejap je, selesai ! 



Jadi, tercapailah matlamat aku untuk lihat urusan di bank sekejap amat! Cewahhh, kemudian ! Aku ke DIY weh terkejut jugak ! Selama ni dalam kepala otak aku, aku ingat DIY tu kedai untuk orang tukang-tukang ke, sebab dia punya simbol tu tukul :'D ahahahahak, sekali aku masuk, laaaaaa, macam gini rupanya kedai DIY. Cehhhh, kecoh je dia ni, gi DIY je pun, bukan pergi Sogo ke, Times Square ke... Heh, suka hati aku ler. Teruja, kau tau! Misi aku ialah mencari vacuum bag untuk memudahkan aku kemas barang-barang aku. Itu saja. Bila aku usha barang-barang dia, murah-murah belaka. Cehhh, memang lah kan :D



Dalam pada aku uruskan hal-hal aku di bandar tu, suka lah aku nak cakap pasal rakyat Kuantan nih. Sememangnya, Kuantan bagi aku dah macam KL *cehhhhhhh* agak sibuk, jammed tu kira dah sebati, nak tak nak kau kena hadapinya *sila menangis*. Pembangunan makin rancak, Bandar Indera Mahkota yang dulu penuh sawit pun dah membangun! Banyak taman perumahan, rakyat pun makin ramai. Bandar pun tiba-tiba jadi sempit *eh* hehe... Banyak dah pun kafe-kafe hipster, restoran mewah, tapi aku masih prefer Juara Char Kuey Teow, muahahaha... Antara salah satu sebab kenapa hakak suka sangat dengan Kuantan ni, ada pantai! Eleh, kecoh kecoh! Pantai je kot... Hei hei hei! Duduk area pantai timur best weh, sebab dapat makan seafood segarrrr weh, pehhhh meletop! Pergi je area Tanjung Lumpur, memang beratur panjang, sedap baq hang :D Banyak lah kelebihannya, saja tak nak tulis. 



Jadi, sesungguhnya aku berbangga masih menetap di Malaysia, yang penuh dengan kemajuan walaupun sekarang ni banyak senario yang agak mengelirukan diwar-warkan media sosial kita. InshaAllah, aku akan belajar di tempat orang tak sampai seminggu dah, mungkin banyak benda yang aku sendiri akan lihat, belajar dan ambil sebagai sebuah teladan untuk tamadun manusia yang akan datang. InshaAllah, amiinn :)


No comments:

Post a Comment

Tak salah nak bagi pendapat :)