Monday, 31 August 2015

Peraturan; Cliche lah...





     Tak suka baca "peraturan dibuat untuk dilanggar". Rasa macam tercabar. Diri ini turut mengaku bahawa aku sendiri pernah buat salah, pernah melanggar peraturan. Cewahhh, apa kau kisah apa aku cara kan, begitu ? Okay, topik kali ini, apa yang ingin dikupas seperti kulit bawang atau seperti kulit buah salak ? Pehhh ... 



Logik akalnya lah, kalau tak ada peraturan, adakah hidup ini bisa terurus? Bisa atau enggak? Pikirin sihhh... Kalau dekat sekolah, semestinya ada peraturan dan yang suka melanggar peraturan tu mestilah students, takkan cikgu kot... Terimalah dengan hati yang terbuka setiap peraturan yang dibuat. Terimalah... 


Contohnya, ada penambahbaikan dalam peraturan SMK ABC iaitu PELAJAR PEREMPUAN DIWAJIBKAN MEMAKAI TUDUNG LABUH SEKURANG-KURANGNYA BIDANG 60 BERSERTA HAND SOCKS, SKIN SOCKS. Haaaa amekaws! Kau rasa ada tentangan tak? Ada tak pemberontak? Semestinya lah ada! Sebab nama pun peraturan yang dibuat untuk dilanggar *heh* Betul? 



Jadi, apa yang diperlukan untuk menentang pemberontakan? Adakah pemimpin tersebut berputus asa sahaja? Merelakan peraturan ditarik semula ataupun hapuskan terus peraturan tersebut? Adakah sepatutnya begitu? 

Tidak, tidak, tidak. Dah namanya pemimpin, pasti ada banyak cara yang difikirkan untuk memperhalus pemikiran pelajar yang tidak suka dengan peraturan baru. Selangkah demi selangkah dengan perlahan-lahan, mengikut keadaan sedia ada. Paham? Ok, nampak macam kau tak paham. Macam ni, andai kata ada pelajar yang tak mampu nak dapatkan tudung, stokin, sarung tangan semua tu dalam tempoh yang ditetapkan, takkan pemimpin nak denda atas sebab sebegitu? Pastilah tidak kerana tak akan pemimpin tiada langsung budi bicaranya, betul? Ok, sambung...

Kau rasa, pelajar-pelajar yang memberontak tu ikut ke tidak peraturan baru? Haaa, mula-mula agak payah untuk mereka terima. Ada yang masih lagi dengan tudung pendek, masih ada lagi yang menayangkan kaki tapi lama-kelamaan, nak ke tak nak ke, memang kena ikut sebab namanya peraturan.


     Okay, tamatlah cerita tentang peraturan sekolah yang baru dilaksanakan di SMK ABC. Kesimpulannya? Okay, sebelum aku buat kesimpulan ada lagi yang berkaitan dengan cerita ni. Semua perkara, dalam dunia, ada peraturan yang mesti kita ikut, kalau tak ikut, FAILED ! Haaa... Sampai macam tu sekali. Contoh paling mudah, kau nak solat, tapi tak ambik wudhu', haaa tak lengkaplah, tak sah solat takda wudhu' sebab memang itu peraturannya. Jadi, banyaklah sekarang ni kita dapat tengok betapa ramai manusia yang melanggar peraturan tak kisahlah peraturan alam, peraturan dunia apatah lagi peraturan akhirat. 

Aku sendiri, kadang terfikir. Bukan mudah kita nak ikut peraturan. Bukan mudah eh, atau dengan kata lainnya susah lah... Susah tau sebenarnya tapi cuba tengok balik kisah kat atas tu, kau rasa budak-budak yang memberontak tu suka sangatla dengan peraturan baru yang islamik sangat tuh? Suka la? Suka?

Mana ada orang boleh terima sesuatu perubahan tu dengan mendadak! Tak ada. Mereka akan rasa terpaksa ikut peraturan, rasa terikat, rasa serabut. Mula-mula, memang tak ikhlas, tapi lama-lama dah buat, jadi pelik nak tinggal dan lama-lama jadi apa? Apa? Jadi ikhlas lah. Nampak tak dekat situ? Kunci utama kita dalam menunaikan apa-apa tanggungjawab kena ada keikhlasan, baru boleh kita bawa amanah yang lain. Memang macam tu. Mula-mula buat memang tak ikhlas tapi sebab pabila dah lama ikut peraturan dan sedar bahawa setiap peraturan ada kebaikan, maka lembutlah hati dia. Hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk tau. Jangan sesekali kita pertikaikan. 

Contoh lain aku bagi; nak suruh solat lima kali sehari semalam ni, ada datang dengan ikhlas kecik-kecik dulu? Mak ayah yang suruh solat, kadang ada yang sampai kena rotan baru nak solat. Mula-mula memang tak ikhlas, sebab tak nampak benda yang akan dapat pada masa akan datang tapi dah lama-lama buat, ikhlas tu datang sendiri dan rasa sayang nak tinggal. Entah esoknya ke, lusanya ke, hidayah Allah datang dan akal fikirannya tunduk dengan suruhan Allah. See? 


Kita kena jadi baik. Semua nak jadi baik, kan. Jangan jadi jahat. Jangan tak buat apa-apa. Sebab kat akhirat sana, ada dua tempat je, syurga atau neraka. Kadang-kadang, bila kita tak buat apa-apa pun, tempat kita boleh ke neraka, tau. Fikir sebaik-baiknya.


Jangan mudah putus asa pabila dipijak, jangan mudah berundur tapi sabar itu kuncinya. Kita sebagai manusia, jangan mudah melatah, melempar kata andai akal tidak waras memikirkan keadaannya. 

No comments:

Post a Comment

Tak salah nak bagi pendapat :)