Sebulan di KMPh


Assalamualaikum WBT.

   There are lots of stories that I want to share with all of you! Pehhhh... Permulaan yang sangat luar biasa dan memang aku sendiri tidak biasa! Setiap orang ada pilihan masing-masing, ada banyak sangat pilihan. Sila pilih... 


   Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku ni, aku akan ke Kolej Matrikulasi. Kau paham? Mendapat tawaran UPU tak bermaksud aku terima panggilan UPU itu ye, setelah berhempas pulas fikir, sampai tak keruan kauuuu, akhirnya menetapkan keputusan untuk masuk ke Kolej Matrikulasi Pahang yang beralamat di Gambang. Alhamdulillah, sekarang masih hidup lagi dalam minggu ke-4 di matrik ini.


   Okay, kau jangan ingat, masuk matrik ni seolah-olah tempat "kelahiran baru". Paham? Ya, betul, orang kata tempat kau boleh tebus result SPM kau dulu-dulu. Kononnya lah tapi ada satu keadaan yang kau kena paham sebenarnya ya. 





REALITINYA...

Kolej Matrikulasi ialah satu tempat fast-track untuk ke universiti. Your mind set sebelum masuk ke matrik tu sila betulkan dulu. Aku yakin, mesti ada yang mind set jenis macam;


"It's okay lah kalau tak ingat ilmu yang kita belajar time form 4 ke form 5 ke..."

"Dekat matrik, mesti lecturer ajar balik kan~"

"Matrik kan tempat untuk bermulanya "kehidupan baru"..."


   Please ye, please... Jangan set your mind like these eh... Jangan lupa terus semua ilmu Kimia, Biologi, Fizik yang kau belajar masa dekat sekolah dulu. Serius aku cakap! Serius! (Eh, ni bukan nak menakut-nakutkan beb, ni nak stress kan sikit je...) Bergantung kepada lecturer, ada yang tak akan refresh balik yang kau dah belajar waktu sekolah dulu. Paham? 

   Jadi, bersiap sedia dari segi mental dan fizikal ya. Sebab, aku bagi contoh Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) ni, waktu belajar dari 8.15 am - 4.15 pm. Okay, ini waktu belajar. Lepas waktu ni, kau nak jumpa lecturers di cubic (kalau sekolah panggil bilik guru, masuk matrik namanya cubicle/cubic) pun terpulanglah. 

   Serius, aku cakap, life at matriculation college was extremely hectic! Hectic! Jadi? Apa caranya kau untuk tidak stress tahap gaban nanti? Sebelum aku bagi tips sikit, ada beberapa perkara yang kau kena paham dulu. Setiap hari ada tutorial, praktikal seminggu sekali bagi satu subjek. Dua kali kuliah pun, boleh jadi habis satu bab! Setiap kali lepas kuliah, wajib lah buat soalan tutorial (kalau rasa tak nak kena pelangkung time kelas tutorial). Tak ada dah cikgu yang nak cakap, "Nanti buat kerja page blablabla....". Kau kena alert lah. Habis saja kuliah, terus buat soalan tutorial ye, buat! Kita tak boleh nak take for granted or anggap lecturers tu rileks je, paham? 


   Nanti akan ada yang stress sampai nangis-nangis semua tu haaa, tapi itu kira lumrah di matrik, okay? Nak masuk universiti kenalah bersaing, berkorban, berpenat-lelah... Fokus okay, fokus! Jangan main-main. Masa kuliah, jangan main fon. Fokus je, nanti bila kau sibuk sangat, takut tak sempat nak cover, haaa sapa susah? Weekend pulak, tak payah lagha sangat. Buat semua kerja kau masa weekend. Haaa, apa lagi?


   Ingat eh, perbetulkan niat nak belajar tu. Anggap lah semua benda yang kau anggap buruk, yang kau anggap pemusnah semangat, yang kau anggap pembenci kau tu, biarkan semua itu berlalu seiring masa.


PENTING !

   Di KMPh, nota-nota semua kau kena print sendiri! Download nota dari portal KMPh, save and print! Nak jimat, kau photostat je dari kawan-kawan kau yang dah print nota, save budget sikit. 

   Boleh dikatakan, smart phone sangat penting ye kawan-kawan. Hal ini kerana, kadang-kadang lecturers on the spot masa kelas tu suruh search itulah, inilah. No worry eh, wifi ada di mana-mana kecuali sangat limited dekat blok kediaman atas faktor keupayaan wifi untuk connect di tempat yang agak ceruk, mungkin. Kah! Okay, next, laptop, bukanlah satu kewajipan. Jangan paksa-paksa your parents nak beli laptop okay, kumpul lah duit tu dulu ye. 

   Okay, stop here. Actually, banyak assignments nak kena buat ni, jadi, aku undur diri dulu ye. Assalamualaikum!


Comments

Popular posts from this blog

Buat Apa Selepas SPM?

Temuduga IPG : Sejarah 2015

Kau Belajar dekat China ?!?